Rabu, 17 Februari 2010
abses paru
Norman Hakim adalah seorang lelaki tua yang menghidapi Abses Paru. Sebelum ini, dia mempunyai penyakit periodontal dan selalu ke doktor gigi untuk menerima rawatannya itu. Selain itu dia dikatakan mempunyai gangguan esofagus dan saluran cerna serta kerap mengalami gangguan kesedaran. Faktor2 ini yang menjadi etiologi bagi penyakit abses parunya itu. Selama 1-3 minggu, badannya lemah, tiada nafsu makan, BB turun, batuk kering, keringat malam, demam intermitten dan menggigil dengan suhu > 39.4 C. Batuknya menjadi purulen dan berdarah. Seputumnya bertambah dan berbau amis. Apabila menjalani pemeriksaan fisik, didapati ada gerak nafas menurun, fremitus meningkat, keredupan dan bronkial suara amfoterik. Pada pemeriksaan penunjang darah tepi, lekosit dan LED meningkat disertai anemia. Diperiksa pula dahaknya, positive bakteria gram, terdapat peradangan. Manakala pada foto dada, didapatkan, konsolidasi pada posterior lobus atas dan bahagian apikal lobus bawah yang didalamnya terdapat 'air fluid level'. Komplikasi yang dialami oleh NH adalah batuk darah profus, empiema atau piopneumothoraks, abses otak, abses paru resisten serta bronkopleura fistula. Bagi penalaksanaan, doktor menyuruh NH untuk istirahat cukup, diet, dan minum banyak. Antibiotik diberi adalah Klindamisin (anaerob, hospital acquaired), Penisilin, Sefalosporin gen 1 (S. aureus), Vankomisin (MRSA), b-laktamase (nosokomial). Kemuadian dilakukan drainase postural dan fisioterapi. Disebabkan penyakitnya itu makin teruk, dia diberi penatalaksanaan khusus iaitu bronkosopi dan pembedahan kerana kemoterapinya gagal dan gejala klinisnya masih tetap ada setelah 6 minggu terapi.