Hidup di bawah bayanganNya,
Berbekalkan surat cinta dan penenang hati dikala pedih,
Al-Quran.
Hidup atas kasih dan sayangNya,
Berteraskan Islam yang sempurna,
As-Sunnah.
HinaNya diri ini,
Kini menangisi jahilliyah yang tak pernah aku sedari.
Alhamdullah, kini aku mengerti Islam yang sebenar.
Kerana Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Mu, Ya Allah...
Jagalah hati hambaMu ini yang sentiasa bisa terpesong,
Letakkanlah hati hambaMu ini di jalan ini.
Tidak rela sekiranya kau mengambil nikmat islam dan iman ini kembali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar