Dia mendakap bayi perempuannya yang baru beberapa minit dilahirkan kedunia itu dan melihat wajah bayi itu yang kelihatan tenang. Air matanya menitik di atas wajah bayi perempuan tunggalnya itu lalu cuba mengumpulkan serpihan kekuatan yang baru pecah berderai apabila nyawa isteri tercintanya itu tidak dapat diselamatkan. Dia tewas ketika melahirkan bayi perempuan sulungnya.
:::::::::::::::::::::::::
Azim terus menitiskan air matanya apabila melihat foto kenangannya bersama Baizura disisi bangunan Taj Mahal yang tersergam indah ketika mereka bercuti ke India, pertama kali setelah berkahwin. "It's been my dream to come visit here sayang, thank you for bringing me here, I love you" Itu lah kata2 arwah isteri yang masih diingatnya sehingga kini walaupun setelah 20 tahun peristiwa itu berlalu.Sedang dia mengesat air matanya yang berkaca-kaca, tiba-tiba pintu kamarnya dibuka. Anak gadis yang kelihatan manis dan comel berkaca mata berusia 20 tahun menampakkan kepalanya di pintu. "Papa, Rose dah balikkk!! Sambil berjalan menuju ke katil papanya, ros mengheret sebuat boneka 'gingerbread man" ditangannya lalu duduk selamba di atas katil 'kingsize papanya'.
"Papaaa, malam ni kite kuar makan boleh takkk? Rose teringin nak mkn kat luar hikhik pastu kite beli kek jugak celebrate birthday Rose, boleh la papa..boleh laaa" Azim senyum tidak berkata apa-apa, dia masih teringat akan arwah isterinya yang mempunyai wajah yang mirip benar dengan anak perempuan tunggalnya itu. Dia sangat bahagia adanya Rose disisinya.
PaPAAA!! Papa dengar tak ape Rose cakap ni?
Eh, iyee papa dengar..yelah2 memang papa nak ajak makan luar pon malam ni... hmm, lepas maghrib siap tao.
"Btw, papa, is this suppose to be my birthday present, I found it on my bed along with the card?" Dia mengajuk ke arah boneka 'gingerbread man' yang bertali di leher sambil mengangkatnya kepada bapanya. "Why does it look.... ermm... old? "
Azim tidak menjawab pertanyaan anaknya itu, dan sepertinya dia mengelamun sebentar.
Hmm...tak pe lah. Sambil mengherotkan mulutnya, Rose bangun dari katil papanya dan menuju keluar pintu dan menutupnya kembali.
Hubungan Azim dan Rose sangat rapat, sejak dari kecil Rose sentiasa di manjakan dan di berikan kasih sayang yang tak ternilai. Namun begitu, sikap Azim yang tegas menjadikan Rose seorang yang sentiasa berjaya dalam pelajaran. Kini dia menuntut di Universiti Malaya dalam bidang perubatan. Setiap hari dia akan berulang alik ke universiti dengan kereta yang dihadiahkan bapanya itu ketika dia berjaya mendapatkan tempat dalam bidang yang diimpikannya. Dia mahu menjadi seorang doktor, sama seperti bapa dan arwah mamanya.
:::::::::::::::::::::::
Azim sedang menonton televisyen siri kegemarannya sejak zaman muda mudinya dahulu, 'house'. Kemudian dia di dekati Rose yang baru sahaja selesai mencuci pinggan selesai makan malam mereka.Papa, semalam Rose belek-belek 'gingerbread man' yang papa bagi tu. Kenapa kat tali leher gingerbread man tu ade tulis "zim amo"? Pelik lah, papa yang tulis ke? Yang pelik lagi, nape benda tu nampak macam mainan lama? Azim termenung apabila soalan berkaitan boneka itu di ajukan kepadanya. Papaaa, why don't you answer me? What's there in your mind? Azim, menyedari dirinya termenung jauh lalu menarik nafas dalam dan memulakan penjelasannya.
Rose, anak papa... gingerbread tu kepunyaan arwah mama kamu. Papa simpan patung tu dah lame dah, papa sayang nak buang. Patung tu arwah mama kamu beli ketika umur dia 21 tahun. Waktu tu kami muda lagi, that makes me 20 tahun. Papa dan mama studi dalam fac yang sama. Pada mulanya kami kenal bila kelas sama sem 1st then masing2 bertukar kelas. Papa dah lame minat mama kamu dan bertuahnya papa sebab mama kamu pun suke papa jugak. Cuma mama kamu tak tahu yang papa suke pada dia jugak, mama kamu merajuk. Papa decide nak tumpukan pada studi dulu dan papa berazam nak meminang mama bila habis studi nanti. Mama kamu at the same time struggle belajar. Papa tak sangka yang mama kamu betul-betul sayang kat papa. Dia seorang yang caring, periang dan sangat cantik..hihi mcm kamu laa. Sewaktu dia beli gingerbread man tu, dia tulis nama papa pada tali, katanya sebab dia takmo lupakan papa dalam hidup dia, sungguhpun kalau papa tak pernah suka pada dia. That's what she told me after I married her few years later. Oh ye ke? huiyoo...gatal juga arwah mama yek? Bukan gatal sayangg, tapi pasionate. Arwah mama kamu kalau dah jatuh cinta, seorang tu la dia akan tunggu sampai bila2.
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar